Setiap kali hadir di majlis kenduri. Anda pasti perasan yang tetamu mengambil makanan seperti kuih muih. Mereka mengambil kuih banyak tapi kesudahannya tidak dimakan pun hanya di biarkan diatas meja tanpa disentuh pun. Ini di namakan PEMBAZIRAN. Akibat dari pembaziran ini, tetamu yang hadir kemudian tidak dapat merasa makan dan makanan tak cukup.
Sebagai tuan rumah, pasti rasa geram kerana makanan yang kita sajikan khas untuk tetamu tetapi dibiarkan membazir dan tinggal atas meja.
Lain pula dengan aiskrim. Aiskrim dikira sebagai penyelamat keadaan. Tetamu yang nak makan aiskrim tidak boleh ambil banyak untuk diri sendiri. Mereka terpaksa ambil satu sahaja untuk dimakan. Ini sebab aiskrim mudah cair dan harus makan dengan kadar cepat. Jadi bila habis dan nak makan aiskrim lagi mereka terpaksa ambil satu sahaja.
Dengan ini, tiada lagi pembaziran makanan dalam majlis kenduri anda. InsyaALLAH majlis kenduri anda, LEBIH MENDAPAT BERKAT DAN REDHA dari ALLAH S.W.T atas mengelakkan pembaziran makanan.